Tuesday, 18 September 2012

Refleksi CD ROM 18 September 2012

Model Rekabentuk Instruksi Bersistem dalam Pembangunan Perisian Multimedia

Model ini menyediakan suatu kerangka kerja yang dapat membantu seseorang pengaturcara dan pembangun dalam melaksanakan tugas dalam merekabentuk dan membangunkan perisian multimedia secara lebih sistematik.

Antara model-model rekabentuk instruksi bersistem yang boleh dijadikan panduan dalam proses pembangunan perisian multimedia ialah :

a) Model ADDIE
b) Model ASSURE
c) Model Hannafin & Peck
d) Model Dick & Carey
e) Model Waterfall
f) Model Rapid Prototyping

Didalam setiap model terdapar 5 fasa yang penting iaitu : 
  1. Fasa Analisa
  2. Fasa Rekabentuk
  3. Fasa Pembangunan
  4. Fasa Perlaksanaan 
  5. Fasa Penilaian
Fasa Analisa
Dalam fasa ini, beberapa analisa terhadap pelbagai aspek dilakukan antaranya analisis terhadap persekitaran pembelajaran, pengguna, matlamat pengajaran dan sebagainya.

Fasa Rekabentuk

Fasa ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan teknologi yang akan terlibat.






Fasa Pembangunan
Dalam fasa pembangunan, pembangun menggunakan segala pendekatan atau rekabentuk yang telah dipersetujui dalam fasa rekabentuk, misalnya :

  • pengguna disediakan dengan panduan pengguna agar pengguna tidak menghadapi masalah di dalam menggunakan sesebuah perisian.
  • kandungan  isi-isi pelajaran yang dihasilkan mestilah bersesuaian dengan tahap kebolehan, umur, latar belakang pengguna dan sebagainya.
  • untuk menentukan sesuatu pembelajaran difahami, latihan disediakan untuk menguji kefahaman pengguna setelah menamatkan pembelajaran.
  • rangsangan-rangsangan yang menarik seperti grafik yang pelbagai, kesan bunyi dan sebagainya disediakan agar pengguna tidak akan merasa bosan di dalam proses pembelajaran yang berlaku.
Fasa Perlaksanaan
Perisian yang telah siap dibentuk perlu dipersembahkan untuk menguji keberkesanannya. Ia biasanya dilaksanakan dengan menggunakan sekmpulan pengguna yang telah dipilih semasa fasa analisis.

Fasa Penilaian
Penilaian melibatkan proses mendapatkan maklumbalas daripada pengguna terhadap isi kandungan, strategi, grafik, audio, video, antaramuka dan sebagainya yang terdapat di dalam perisian sama ada melalui penyediaan, ujian, soal selidik, temubual dan sebagainya bagi memastikan ianya bersesuaian atau tidak.






Tugasa untuk kuliah minggu depan
  • What is learning theory
  • Example of learning theories
  • Main principles for each learning theories
  • Learning theories and associated instructional strategies

http://www.brookes.ac.uk/services/ocsld/resources/theories.html

No comments:

Post a Comment