Assalamualaikum...
Alhamdulillah... jumpa lagi di semester 2.
Hari ini hari pertama kuliah untuk subjek CD-ROM Based Multimedia Development (MPT 1293). Kami di sambut oleh Puan Norasykin binti Zaid. Kelas ini hanya dihadiri oleh 9 orang pelajar.
Sesi
kuliah dimulakan dengan pengenalan diri oleh Puan Norasyikin dan
penerangan tentang silibus sepanjang kuliah. Insya allah setelah Puan
Norasyikin selamat melahirkan anak... kami akan berguru dengan Encik
Juhazren bin Junaidi pula...
Di dalam kelas ini kami dikehendaki membina aplikasi pendidikan yang interaktif berdasarkan teori pembangunan perisian. Ciri perisian multimedia tersebut mestilah mencapai piawai yang ditetapkan. Kami perlu melalui semua fasa proses pembangunan bahan multimedia seperti cara pengurusan projek, analisa keperluan projek, rekebentuk, pembangunan, melaksanakan projek dan menguji samada projek yang dibangunkan berjaya, berguna atau sebaliknya. Projek multimedia tersebut dibangunkan secara berkumpulan.
Selain projek multimedia, kami juga dikehendaki membina sebuah blog yang mengandungi refleksi pembelajaran dalam kelas CD ROM setiap minggu.
Harapan saya setelah tamat mempelajari subjek ini, dengan segala ilmu yang diraih...saya mampu untuk membangunkan sendiri perisian multimedia berkaitan subjek yang saya ajar iaitu Matematik dan Sains.
Disebabkan masa kuliah masih panjang... maka Puan Norasyikin sempat menerangkan sedikit tentang proses pembangunan bahan multimedia.
Antara fasa-fasa dalam proses pembangunan perisian multimedia ialah
- i) Fasa 1 : Perancangan dan menganalisis keperluan perisian
- ii) Fasa 2 : Rekebentuk perisian
- iii) Fasa 3 : Pembangunan perisian
- iv) Fasa 4 : Pengujian dan perlaksanaan
- v) Fasa 5 : Penilaian
Fasa 1 : Perancangan dan menganalisa keperluan perisian
- analisis terhadap pengguna/pelajar,
- persekitaran pembelajaran,
- kandungan pelajaran atau tingkah laku yang diharapkan daripada pelajar setelah selesai pengajaran,
- kenalpasti matlamat pengajaran
Fasa 2 : Rekabentuk perisian
- pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran
- pembinaan item untuk ujian
- pemilihan strategi pengajaran
Fasa 3 : Pembangunan perisian
- penyediaan bahan pengajaran
- rekebentuk visual dan reka bentuk mesej diambil perhatian mengikut bahan atau media yang
disediakan
Fasa 4 : Pengujian dan perlaksanaan
- pelaksanaan pengajaran
Fasa 5 : Penilaian
- penilaian formatif
- penting kerana ia dapat mengelakkan sebarang masalah besar yang hanya dikenalpasti selepas sesuatu bahan pengajaran dibangunkan
- kekerapan melakukan penilaian ini akan menjimatkan kos dan masa pembangunan
- bentuk penilaian ini ialah melalui temu bual, pemerhatian dan ulasan pakar
- penilaian sumatif
- dilakukan pada akhir proses reka bentuk, setelah selesai sesi pdp
- tujuan untuk menilai dan membuat sebarang perubahan yang besar yang perlu pada versi atau sesi pengajaran yang seterusnya
- dalam bentuk soal selidik
Nampaknya ada banyak perkara yang perlu difahamkan semula... Ilmu masa zaman degree dulu banyak dah berkarat... Insya allah, akan cuba berlari sepantas yang mampu.
No comments:
Post a Comment