Hari ini adalah hari pembentangan perisian pembelajaran. Sangat teruja. Semua kumpulan datang seawal jam 3 petang. En Juhazreen tiba agak lewat sekitar jam 450 petang menyebabkan kami semakin berdebar-debar.
Kumpulan pertama yang membentangkan perisian ialah kumpulan Cikgu Hazwani, Cikgu Murad dan Encik Zul. Mereka membangun perisian Pembelajaran Pra Sekolah Bahasa Melayu. Perisian yang menarik dan penuh warna-warni sesuai untuk anak-anak prasekolah, Linus, Galus dan Pendidikan Khas.
Kumpulan kedua ialah kumpulan cikgu Diyana, Faridanura dan Puan Rafidah. Mereka membangunkan perisian Pendidikan Islam Tingkatan 4 Lambaian Kaabah. Perisian yang kemas dan menarik. Sangat sesuai digunakan sebagai bahan BBM guru.
Kumpulan ketiga ialah kumpulan Munir dan Cikgu Ayatul. Mereka membangunkan perisian Sains Darjah 5 Water Cycle. Perisian yang kemas dan cantik. Banyak animasi berwarna warni. Tetapi mendapat bayak teguran oleh Encik Juhazreen antaranya simulasi yang tidak sekata, kesalahan ejaan. Kredit untuk kumpulan ini kerana telah berjumpa dengan 3 kumpulan pakar, pengguna dan pembangun. Respon dari kumpulan tersebut telah mereka gunakan untuk memperbaiki perisian mereka. Tahniah.
Kumpulan kami menjadi pembentang terakhir. Tajuk kami
perisian multimedia
KEMAHIRAN PERTUKANGAN PENDIDIKAN KHAS
Encik Juhazreen khusyuk mendengar pembentangan kami.
Komen :
Beliau pening nak beri markah kerana semua perisian hebat-hebat dan layak dapat full and extra mark. Hi..hi... Syukur, Alhamdulillah.
Setelah 14 minggu belajar, hari ini merupakan hari terakhir kuliah kami. Alhamdulillah, banyak ilmu yang telah dipelajari. Terima kasih pada Puan Norasyikin dan Encik Juhazreen. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda berdua.
Sebelum bersurai, kami sempat diberitahu tentang tips peperiksaan dan pesanan Encik Juhazreen supaya Final document dan CD perisian perlu dihantar pada hari peperiksaan subjek Pembangunan Multimedia berasaskan CD-ROM.
Salam kak...
ReplyDeleteEn Juhazreen ade bg pape tips tuk exam tak slps sy balik hari tu??
share plz hehe