Monday, 3 December 2012

Sesi penilaian dan pengujian bersama pakar IT



Jumaat (30 November 2012)

Salam...
Projek perisian masih belum siap... ada beberapa bahagian yang perlu dikemaskini.
Maka kami telah memilih untuk bertemu sifu kami semasa kami belajar Flash. Encik Zamri Sarawak, pelajar PHD dari Fakulti Sains Komputer.


Beberapa masalah telah dapat dikesan, dan alhamdulillah beliau telah dapat membantu kami menyelesaikan beberapa masalah.

Antaranya,
a)      kami telah berjaya menghasilkan tarikh dan hari pada paparan menu utama.
b)      Menyelesaikan masalah text entry... jawapan dari soalan satu, tidak di bawa ke soalan kedua
c)       Mengira score pelajar setelah pelajar siap menjawab soalan Tapi susah nak buat. Mcm tak berjaya
d)      Paparan bintang pada jawapan MCQ.
e)      Masalah suara bertindan diselesaikan menggunakan action script stop all sound, di dalam frame pertama dalam scene
f)       Bercadang nak masuk pengiraan skor markah pelajar... 
tapi macam tak sempat sebab banyak sangat yang nak diedit

Sesi pengajian tamat jam 6 ptg... sedikit kelegaan pada wajah developer En Fadlee. 
Saya hanya menyibuk dan sedang berusaha menyiapkan soal selidik formatif dan sumatif juga laporan akhir.  
Halizah pula sedang mengedit fail audio kami. 
Halizah gunakan Wavepad untuk menambah kualiti audio dari 10 db menjadi 30db.


Audio tu kami rakam di bilik Audio/ Video Jabatan Multimedia, 
Fakulti Pendidikan pada hari Isnin yang lalu. Sebelum tu... sempat juga ke bilik fotografi, pinjam background untuk ambil gambar bagi scene kredit.

Ada dua minggu lagi untuk present perisian kami. 
Masih terdapat beberapa kekurangan... contohnya salah satu 
Games yang kami pilih menggunakan action script 3.0.
 Selepas dimainkan, scene tidak kembali ke laman utama yang menggunakan action script 2.0. 
Terpaksa keluar, dan masuk semula ke dalam perisian.
Kami tak pasti apa masalahnya... ilmu tak sampai lagi... games itu tetap dipilih sebab best dan 
kesian Halizah, penat dia google dan edit coding tu.

Sesi pengujian masih diteruskan... hingga kami siap sepenuhnya dan berpuashati 
dengan hasil kerja berkumpulan kami. 
Sangat berterima kasih pada Fadlee tak jemu-jemu menambah baik perisian setiap kali 
dikomen oleh saya dan Halizah.


 Dari kiri : Cikgu Halizah, Cikgu Mohd Fadlee dan Cikgu Masni
Gambar yang diambil di Bilik Fotografi Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan.
Sanggup datang fakulti pepagi sebab nak dapatkan background macam kat kedai gambar.


p/s : Tq Mr Lab Technician yang tolong ambilkan gambar kami.

No comments:

Post a Comment